
Sebahagian ulama' mengatakan bahawa memejamkan mata dalam solat adalah makruh hukumnya. Tetapi imam Ibnul Qayyim mengatakan : Pendapat yang benar ialah , apabila membuka mata itu tidak mengurangi khusuk maka itulah yang lebih utama , dan jika ada yang mencederakan khusyuk seperti terpandang hiasan-hiasan yang membimbangkan nescaya tidaklah dimakruhkan memejamkan mata bahkan disunatkan.Kita memejamkan mata dalam keadaan itu lebih dekat kepada dasar-dasar syara' dan maksu-maksudnya.Tujuan solat pada asasnya melakukan pengabdian sepenuh hati dan penuh ikhlas kepada Alla.Sekiranya memejamkan mata adalah merupakan jalan atau cara yang sesuai untuk itu maka lakukanlah, dmikian juga sebaliknya..

No comments:
Post a Comment