Sunday, September 16, 2012

KISAH RASULULLAH SEBAGAI TAULADAN




Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

Siapalah KITA, makhluk Allah yg LEMAH, CUAI juga Tidak diJanji utk masuk ke dlm SYURGA tanpa hisab ? Malulah kita jika kita bertindak sebaliknya...

Tuesday, February 14, 2012

Rahsia Penyakit Melalui Jari

::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
... Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA
See More

Friday, January 20, 2012

Tips mengurangkan angin dalam badan

Saya nak kongsi 1 petua dengan anda. Petua ni saya dapat hasil daripada pembacaan saya semasa berada di kampung.


Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan.


Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.


Saidina Ali berkata ;“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut.


Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenya


Epal berkhasiat membuang angin dalam badan. Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan.


Apa yang perlu anda buat ialah,
1. Cium atau hidu lah bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.*


Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah..

Wednesday, January 18, 2012

Inilah yang dikatakan lumrah hidup...
kalau tiada dugaan bkan namenya hdup....
hrmmm,,walaupn hati ku hampir hancur oleh sebab tertntu...
aq tidak jadikan ia alasan untuk aku berputus asa dalam hidup ini...
aq perlu tabah mghadapi ujian hidup ini...
aq perlu kuat....aq xbleh lemah..
bnyak lagi yg perlu aq lakukan...
dan aq x perlu rsw dgan semua ini...
sbb aq tahu Dia lah yang berkuasa atas sgalanya....
Dan berhak menentukan segala Nya...
hATI yg terluka.....
Tiada ubat selain kita meminta kepada Nya....

Sunday, January 15, 2012


1. Merokok– Kepada perokok² sekalian, kajian membuktikan bahawa menghisap rokok selepas makan bersamaan dengan mengambil sepuluh batang rokok di mana risiko mendapat penyakit kanser adalah tinggi..



Korg rase betul ker?? Entahlaa kan, aku sendiri pun tak buat kajian ni so aku tak tau la.. yg penting, lu pikir la sendiri!


2. Makan Buah – Buah apa yang paling sedap wahai jejaka sekalian?? Jawab dalam hati je tau..harharhar Mengambil buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung dengan angin..


Mak aku pun selalu cakap benda ni.. So memang betulla kot ni..huhu Oleh itu, ambil buah satu hingga dua jam selepas atau sebelum makan.. Lamanya la kan.. Kalau lepak restoran masa rehat ni mana sempat nak masuk keje ni.. Rehat waktu kerja pun sejam jer..uhu


3. Minum Teh – Daun teh mengandungi kandungan asid tinggi yang boleh menyebabkan protien dalam makanan yang korang ambil sukar untuk dihadamkan..


Hmm..Betul ke ni?? Setahu aku la, air teh ni sedap jer.. Elok pulak tu untuk mereka yang mengalami cirit-birit.. Maknanya makan tu elok jela dihadamkan.. kn?kn?


4. Longgarkan Tali Pinggang – Kes sebegini kerap dilakukan kerana korang rasa terlalu kenyang, bukan?? Melonggarkan tali pinggang selepas makan secara tiba² akan memudahkan usus korang terbelit ataupun tersekat.. hehe




5. Mandi– Mandi boleh menyebabkan aliran darah mengalir banyak ke tangan dan badan lantas jumlah darah berkurangan di bahagian perut.. Ini akan menyebabkan sistem penghadaman dalam perut menjadi lemah..


Perkara ni juga selalu dipesan-pesankan oleh rakan² aku dan kata mereka ni mandi selepas makan xelok. NNt peyot tu muncit


6. Berjalan – Adalah tidak benar bahawa kenyataan berjalan 100 langkah selepas makan membolehkan korang hidup sehingga 99 tahun.. Sebenarnya berjalan menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap nutrisi² dalam makanan yang diambil.. Oleh itu, bagi mereka yang ingin kembali ke tempat kerja selepas makan tengah hari tu sila la membawa kenderaan yer.. Dan pastikan korang tak berjalan lebih 100 langkah selepas makan..


7. Tidur – Macam yang korang tau la, lepas makan mesti mata rasa macam nak tidur je kan.. So kalau korang tidur selepas makan, makanan yang korang ambil tu tidak akan dapat dihadamkan dengan sempurna.. Ini akan menyebabkan korang mudah diserang penyakit gastrik dan jangkitan dalam usus dan yang paling ketara korang akan mengalami kebuncitan perut dengan cepat..
honey^an

Khasiat Bawang Putih

Tahukah anda bawang putih baik untuk perut?

Bawang putih mempunyai peranan probiotik, ia dapat merangsang penghasilan bakteria baik dalam perut anda dan dalam masa yang sama akan memberikan kebaikan kepada sistem imunisasi tubuh.

Allicin yang terkandung didalamnya berupaya bertindak sebagai anti bakteria untuk melawan gejala atau mengurangkan risiko deman jika dimakan setiap hari..

Monday, January 9, 2012

Fakta Bumi

Magma adalah batu 
cecair panas di bawah bumi permukaan Bumi ,
 ia dipanggil lahar selepas ia terkeluar daripada gunung berapi.
Gas asli tidak mempunyai bau.
 Bau yang kuat ditambah padanya oleh manusia,
 supaya ia boleh dikesan apabila
 kebocoran.
Gurun yang terbesar di dunia ialah sahara
 , ia meliputi kira-kira 1/3 benua afrika. Gunung Everest
 adalah gunung tertinggi di Bumi , kemuncaknya mencapai 8 848 meter (29 028 kaki)
 di atas paras laut.
Berlian
 dikenali sebahagian bahan yang paling keras.
 Belian semulajadi dibentuk oleh berbillion-billion tahun dibawah tekanan dan haba yang kuat. 
Ia dibawa kepermukaan bumi oleh letusan gunung berapi yang dalam.
Bongkah batu gunung berapi
 yang dikenali sebagai pumis adalah bongkah batu yang boleh
 terapung dalam air.   

Keseimbangan Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber 'kekuatan'. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber 'ketenangan'

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.Ambillah waktu untk bersahabat , itu adalah jalan menuju 'kebahagian'. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup sentiasa bererti. Ambillah waktu untu bekerja, itu adalah nilai 'keberhasilan'. Ambillah waktu untuk beramal, kerana itu adalah satu-satunya kunci menuju ke Syurga.